Saturday 5 January 2013

satu kepalsuan

sebagai manusia...pasti merasai
saatnya rasa perlu merahsia
atau..menutup bicara
dengan ungkapan palsu
agar pertanyaan terhenti
mengasak fikiran
dari butir bicara kau persoalkan
peribadiku ingin kau tahu?
kau siapa? untuk bertanya?
soal perasaan juga perhatian?
aku tetap aku!
kau minta pada yang salah
mungkinkah satu kepalsuan
bisa menutup bicaramu?
itu sudah pasti! aku tahu
kepalsuan memang berkuasa
namun takkan terhenti disini
kerana kepalsuan..mengekori
di mana-mana

jika kebosanan

jika ku kebosanan
sering ku mengisi
ruang bicara dengan sendiri
sambil melayan mimpi
mencari yang ku nanti
atau aku..berdiam diri
sekali lagi?jeritan batin tiada henti
gema melatari tiap satunya
BOSAN 3x
tiada apa yang ku lakukan
selain menutur kalimah ini
kebosanan mulai melanda
bagai derasnya ombak
memukul diri
tatkala ku kebosanan

tak tahu

terleka barangkali
atau... tanpa sengaja
menempah kecewa
beginikah akhirnya?
tak tahu..tak tahu
mengapa aku suka dia?
kerana perhatiannya?
atau bicaranya semata?
penuh manja dan menggoda
rajuk mengada-ngada semestinya!
ah! kacau! semuanya!
haruskah sekarang?
inikah saatnya? aku bercinta?
mencintainya atau lepaskan menjauh?
bingung, tak tahu
kisah cinta penuh perumitan
dalam hati yang kian berbunga

mengarap impian

meniti puncak keunggulan
mengapai futuris menyulam ketenangan
berombak-ombak
menuju titik ikonografi yang nyata
sayang sekali
masih samar-samar ritmanya
sehaluan kisaran berpusar
meditasi raga gurindam atma
firasat cinta mula bersuara
menggarap impian penuh syahdu
dalam kerinduan tidak bertepi

tiada yang terkecuali

aku? kau?
tak pernah terlepas
dari mencinta dan dicinta
kuat lagi kau berlari
makin dia menghampiri
membaham rasa takutmu
tiada perkataan tidak 
kerana kententuan sudah teratur susunannya
seperti malam melindungi paginya
seperti mentari memancar sinarnya
tidak dilindungi
tiada yang terkecuali
kerana cinta terbit di hati
yang kekadang kita alpa dengan kehadirannya
ia...tidak mudah lebur
dengan sendiri..pasti!

cinta edisi terhad

hati hanya satu setia juga begitu
kasih dapat ku beri tiap satu darinya
ironi..cinta bertolak pergi
tanpa ketetapan dan kerelaan
bagai tiada pendirian
tembok yang di bina berlandas pemikiran
menjaga putik-putik kasih
dari memekar
kau sirami aku dengan pujuk rayumu
namun ku tetap utuh berdiri
menahan hatiku!
bajai aku sebanyak-banyaknya
dengan rayuan cintamu
biar layu! biar mati!
hujan panas ku doa
agar badai cinta dapat ditepis
tak mahu...tak mahu...
ini cinta edisi terhad
pemiliknya harus kental
bagai sang juara merebut dunia
yang lari bila di hampiri



Friday 4 January 2013

hai! si kacak




indahnya rasa bertemu dia
sesaaat aku terpesona
menjamu mata untuk seketika
ciptaan tuhan makin ku kagumi
terserlah di wajahnya
kacaknya dia! aku tergoda
cair pada pandangan pertama
ingin ku lakar potretmu
mahu terus renungi tiap hari

hai si kacak!
ku malu dalam berkata
hanya melempar senyum tawa
bila mata berbicara
mahu berkenal 
mencoret cerita
bisakkah????
tafsirlah ukiran senyumku
,erungkai persoalan hati ini





merungkai bahagia

dalam bahagia 
ada yang berduka
senyum tanda gembirakah?
hati ini sering tertanya
puas ku fahami
di lautan ku selami
dan lorong sepi...
sering ku kunjungi
mengapa? indahnya senyummu
seakan palsu?
beritahu aku..apa di fikiranmu!

dalam alpa aku lupa dia
lantas aku dibiar tanpa kata
mungkinkah kau jodohku?
lantas selalu difikiran?
bayangan cinta terserlah dimata
aku jatuh cinta

izinkan aku
memalit ceria di wajahmu
telah ku takluki dunia tawani raga
yang tersedia
saatnya merungkai bahagia
antara kita

melabuh rindu

langit malam memalit cahaya
sungguh terang rasanya
bersama bulan
mememani bintang
aku juga mengimpikannya
saat ini..ingin melabuh rindu
dalam kabus malam
renung pada bulan nampak wajahnya
ah! rindu buat aku lupa pada waktu
angin-angin mula berpuitis
puitis cinta menghangat kasih
menanda ikatan aku setia
pada dia!

masih ada yang menanti

aku terleka... aku terlupa
masih ada Dia yang memerhati
masih ada syurga yang memanti
tapi sayangnya..begitu dangkalnya aku
mengejar yang tak pasti
mengharap di langit mimpi
satu kepuasan yang hilang berganti

dalam hati ini
pernah terdetik ada yang menakluki
ya..aku menyedari
rela hanyut dibuai angan-angan
inikah manusia?
inkah sifatnya kita?
satu ajakan dari bisikan terus rebah
berpaling pada yang dulu
banyak yang menasihati 
juga memerhati..hanya memerhati
tiap darinya banyak kepincangan
telah ku selidiki...

akan adakah waktu? untuk kembali pada-Nya?
mampukah tergapai semua citaku?
sebelum nafas ini diambil?
itu....urusan-Nya..aku
pastikandiri.. mampu menggalas yang terbaik
sebagai khalifahnya
sambil menghampar tikar 
tetapkan hati..yang paling utama
hanya Dia

Thursday 3 January 2013

suka sayang benci

karang selembar bicara
mengungkap rasa cinta
yang sedang berbunga
kanvas tertulis menyusun kata
ku tanda pada tinta
ikatan ini ku gembur tiap satunya

segenap jiwa mula membara
raikan dia milikku jua
ku pahat di pohon kita
degupan jantung tak lagi senada
kerana alunan cinta mula bersuara
di bawah langit birunya

tiap kenangan kau taburkan senyuman
penuh perhatian
namun sayangnya
jiwa ini sering terluka
benci dalam cinta
tawar hati tiada ubatnya
pernahkah kau fikirkannya?

suka? sayang? benci? aroma jiwa
tanpa bicara....
ku balut luka...
ku simpan dalam senyumku
pedih hati tak usah kau tahu
tanda kasihku ...tiada padamu!

adanya cinta

cinta? apa adanya?
menerbit rasa bahagia
melupus rasa duka
nestapa pergilah engkau dariku
aku ingin membilang cinta
yang sedang berbunga
berputik dalam sinarnya
membuah tiap satunya
ini cinta inilah
yang sering ku nanti
kerana aku
mula mencinta dan turut dicinta


lafaz cinta? aku tak percaya

saya suka awak?
sudah lali dipendengaran
tanpa ragu aku menolak
aku? memang zahirnya tak percaya
cinta bukan apa-apa
hanya hiasan warna duni
perlukah aku mencoraknya?
atau menjaganya?
atas dasar luka mencarik jiwa
melenyapkan persepsi
yang pernah terluka
lafaz cinta? apa adanya?
bait kata yang melingkari jiwa?
itu yang kau mahu?!
tidak! takkan! aku tak mahu!
sebab aku....tak percaya cinta!
apalagi untuk bercinta!


Tuesday 1 January 2013

mencantas derita

sakit! bukan sekali terhiris!
tiap kali terasa bagai peneman duka
susuri danau derita
aku...melerai kasih bersama senyuman
duka ini biar ku simpan
kau tak perlu tahu! kerana kau!
aku mula memcantas derita
berdarah...
mengalir di tasik sengsara
sengketa in penamat derita
lara ini...
tak mungkin dapat kau hilangkan
kerana hati terpisah...
enggan tercantum